PROGRAM
|
MyPhD
|
OBJEKTIF
|
MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 selaras dengan agenda “Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi”.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan. Program ini merupakan insentif yang diberikan Kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota masyarakat seiring dengan matlamat pembangunan ekonomi negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu ekonomi berteraskan inovasi.
|
GOLONGAN SASARAN
|
|
PERINGKAT PENGAJIAN
|
|
BIDANG TAJAAN
|
Bidang pengajian yang ditaja adalah merangkumi bidang Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial/Sastera Ikhtisas.
|
TEMPAT PENGAJIAN
|
Sila rujuk senarai di Lampiran
|
IKATAN PERJANJIAN
|
(a) Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin dan pelajar perlu berkhidmat di Malaysia atau mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia selama lima (5) tahun.
(b) Pelajar yang melanggar Perjanjian seperti berhenti atau ditamatkan pengajian oleh pihak IPT atau gagal dalam pengajian atau berhijrah ke negara lain dalam tempoh perjanjian akan dikenakan tindakan bayar balik atau ganti rugi.
|
SYARAT
|
SYARAT UMUM
1. Warganegara Malaysia
2. Tiada had umur
3. Pemohon mestilah:
(i) Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap
(ii) Kakitangan swasta
(iii) Pensyarah IPTS
4. Penjawat awam atau badan berkanunsama ada tetap atau kontrak tidak layak memohon.
5. Pemohon tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.
6. Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
(i) Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA 3.00 – 4.00 atau setara; atau
(ii) Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA 2.75 – 2.99 atau setara dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun; atau
(iii) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA 3.50 – 4.00 atau setara; atau
(iv) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA 2.75 – 3.49 atau setara dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun; atau
(v) Memiliki sijil kelayakan profesional yang telah diberi nilai taraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana;
dan
(vi) Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT.
SYARAT KHUSUS
1. Pemohon dari kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap:
(i) Perlu mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS;
(ii) Perlu mengikuti pengajian dalam bidang yang disenaraikan sahaja; dan
(iii) Tidak boleh menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran dan elaun pembantu penyelidik siswazah).
2. Pemohon dari kategori kakitangan swasta:
(i) Boleh mengikuti pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA atau IPTS;
(ii) Perlu mengikuti pengajian dalam bidang yang disenaraikan sahaja; dan
(iii) Boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
3. Pemohon dari kategori pensyarah IPTS:
(i) Boleh mengikuti pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA atau IPTS;
(ii) Boleh mengikuti pengajian selain daripada bidang yang disenaraikan; dan
(iii) Boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
#KEMUDAHAN DAN ELAUN klik sini
#PERMOHONAN klik sini
|
Wednesday, 1 October 2014
BIASISWA MyPHD INDUSTRI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment