Wednesday, 1 October 2014

PERMOHONAN BIASISWA MyMaster


(a) Permohonan dibuka sepanjang tahun mulai 1 Disember 2010 hingga tahun 2015.
(b) Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15
(c) Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
(d) Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan.
(e) Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini.
(f) Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil (capture) menggunakan kamera tidak akan diterima.

(g) Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat.
(h) Dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:
BIL
DOKUMEN
FORMAT
SAIZ MAKSIMA
1
Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang)
PDF
280kb
2
Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda
PDF
280kb
3
Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan).
PDF
200kb
4
Borang Pengesahan Maklumat Pemohon
PDF
400kb

(i) Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan juga perlu memuatnaik dokumen berikut:
BIL
DOKUMEN
FORMAT
SAIZ MAKSIMA
1
Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muatturun format di Lampiran A)
PDF
300kb

(j) Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang bermesyuarat secara berkala.
(k) Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa dan pemohon perlu mencetak surat tawaran secara atas talian.
(l) Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Permohonan Program MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran program. Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.
(m) Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPM.

No comments:

Post a Comment