Wednesday, 1 October 2014

WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN (WPP)


Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.
Syarat-Syarat Pemberian WPP
Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut :
i. Bersetuju menerima WPP melalui permohonan atas talian UPU;
ii. Warganegara Malaysia;
iii. Ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA & Politeknik; dan
iv. Tidak pernah menerima WPP.
*Syarat adalah tertakluk kepada ketetapan PTPTN.




Kaedah Pengagihan dan Pengeluaran WPP
  • Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
     
  • Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
     
  • Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (Bank CIMB) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
     
  • Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.
     
  • Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA.

No comments:

Post a Comment