PROGRAM
|
MyMaster
|
OBJEKTIF
|
MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD.
Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.
|
GOLONGAN SASARAN
|
|
PERINGKAT PENGAJIAN
|
|
BIDANG TAJAAN
|
Bidang pengajian yang ditaja adalah merangkumi bidang Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial/Sastera Ikhtisas.
|
TEMPAT PENGAJIAN
|
Sila rujuk senarai di Lampiran
|
IKATAN PERJANJIAN
|
(a) Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin. Walau bagaimanapun, tiada ikatan Perjanjian untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian.
(b) Perjanjian boleh ditamatkan dan tuntutan ganti rugi boleh dikenakan terhadap pelajar sekiranya:
· Pelajar menarik diri atau menangguh pengajian tanpa kebenaran;
· Pelajar diberhentikan pengajian oleh IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang telah ditetapkan di bawah peraturan IPT berkenaan; atau
· Pelajar gagal dalam pengajian.
|
SYARAT
|
SYARAT UMUM
1. Warganegara Malaysia
2. Tiada had umur
3. Pemohon mestilah:
(i) Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap
(ii) Kakitangan swasta
(iii) Pensyarah IPTS
4. Penjawat awam atau badan berkanunsama ada tetap atau kontrak tidak layak memohon.
5. Pemohon tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.
6. Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
(i) Memiliki Ijazah Sarjana Mudaatau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
(ii) Memiliki sijil kelayakan profesional yang telah diberi nilai taraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda;
dan
(iii) Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT.
SYARAT KHUSUS
1. Pemohon dari kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap:
(i) Perlu mengikuti pengajian secara sepenuh masadi IPTA atau IPTS;
(ii) Perlu mengikuti pengajian dalam bidang yang disenaraikan sahaja; dan
(iii) Boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada IPT masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
2. Pemohon dari kategori kakitangan swasta:
(i) Boleh mengikuti pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA atau IPTS;
(ii) Perlu mengikuti pengajian dalam bidang yang disenaraikan sahaja; dan
(iii) Boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah biasiswa penuh.
3. Pemohon dari kategori pensyarah IPTS:
(i) Boleh mengikuti pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa di IPTA atau IPTS;
(ii) Boleh mengikuti pengajian selain daripada bidang yang disenaraikan; dan
|
Wednesday, 1 October 2014
BIASISWA MyMaster
Labels:
Bantuan Kewangan,
MyBrain15,
MyMaster
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment