Notis Bayaran Balik.
Notis Bayaran Balik akan dihantar kepada penerima biaya pada bulan ke tujuh (7) selepas tamat pengajian.
Peringatan Pertama Dan Kedua.
- Peringatan Pertama akan dikeluarkan sekiranya penerima biaya tidak memberi maklum balas dalam tempoh 60 hari (2 bulan) dari tarikh Notis Bayaran Balik dikeluarkan;
- Penerima biaya yang telah menerima Peringatan Pertama hendaklah membuat bayaran/ memberi maklum balas dalam tempoh 60 hari (2 bulan); dan
- Peringatan Kedua akan dikeluarkan kepada penerima biaya jika tidak membuat bayaran dan tidak memberi maklum balas dalam tempoh 60 hari (2 bulan) dari tarikh Peringatan Pertama dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment