Wednesday, 1 October 2014

TEMPOH DAN KAEDAH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN



Tempoh Penangguhan Yang Dibenarkan
Bil
Kategori Kelayakan
Tempoh Penangguhan
1.
Penerima biaya yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa di peringkat lebih tinggi
Sepanjang tempoh pengajian baru.
2.
Penerima biaya yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester)
Sepanjang tempoh perlanjutan yang dibenarkan oleh IPT.
3.
Penerima biaya yang menerima penajaan lain, penangguhan hanya boleh dipertimbangkan setelah membayar keseluruhan jumlah tajaan yang bertindih
Sepanjang tempoh pengajian.
4Tidak bekerjaMaksima 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pembiayaan





Jadual 4 : Kaedah Permohonan Penangguhan Bayaran Balik
Bil
Kaedah Permohonan
1.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

(i) Surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
(ii) Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian; atau
(iii) Surat pengesahan pekerjaan dari majikan (jika bekerja).
(iv) Surat yang menyatakan tidak bekerja disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa sepertimana yang telah ditetapkan oleh PTPTN.
(v) Penyata KWSP terkini; atau
(vi) Surat pengesahan dari KWSP yang mengesahkan penerima biaya belum mencarum.
Nota :
a) Bagi pemohon yang masih belajar dokumen yang diperlukan adalah item (i) hingga (iii);
b) Bagi pemohon yang belum bekerja dokumen yang diperlukan adalah item (i) dan (iii) hingga (vi) 

  • Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan melalui surat kepada penerima biaya.
  • Bagi penerima biaya yang telah diluluskan penangguhan tetapi berhasrat untuk memulakan bayaran balik pembiayaan lebih awal, penerima biaya boleh terus membuat bayaran mengikut jadual bayaran balik asal.
  • PTPTN berhak membatalkan kelulusan penangguhan ini sekiranya di dapati penerima biaya menerima gaji atau elaun dalam tempoh penangguhan.
  • PTPTN berhak membatalkan kelulusan penangguhan ini sekiranya di dapati penerima biaya memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kelulusan permohonan penangguhan.

No comments:

Post a Comment